Peralatan Asas Serta Teknik Memancing.
Joran
Bila disebut sahaja joran semua orang tahu apa kegunaannya. Dari kanak-kanak yang seusia 7 tahun sudah tahu joran digunakan untuk memancing ikan atau udang. Malahan ketika kita zaman kanak-kanak dahulu pun sudah tahu apa fungsinya bezanya semasa zaman tersebut untuk memiliki sebatang joran seperti kanak zaman sekarang memanglah amat perit..kecuali ibu bapa mereka yang berduit, Diwaktu zaman saya dahulu, untuk memancing ikan kami terpaksa mencari pokok buluh atau pokok rembia, diambil pelepah yang masih muda dipotong,dilurut ( dibersihkan ) daun atau tangkainya untuk dijadikan sebatang joran dan diikat benang atau tangsi dihujungnya dan mata kailnya diperbuat dari pin baju atau jarum peniti yang dibentukkan seperti mata kail. Berbeza dengan kanak-kanak dizaman sekarang, segala-galanya sudah tersedia didepan mata.
Terdapat beratus jenis joran yang ada dipasaran, dari yang pendek hingga yang panjang. Dari jenis yang terbaik hinggalah jenis yang biasa. Ada yang jenis hanya sebatang sahaja, ada yang bolih dipisahkan kepada 2 bahagian malahan ada yang jenis bolih dimasuk-masukkan menjadi lebih pendek seperti teleskop dan berbagai jenis lagi. Terpulang kepada anda jenis yang macam mana menjadi pilihan anda. Namun begitu, nasihat saya belilah joran mengikut jenis ikan yang anda ingin memancing atau carilah jenis joran yang bolih digunakan untuk pelbagai jenis pancingan.
Mari kita mengenali serba sedikit beberapa perkara berkaitan dengan joran. Sebelum kita membeli atau menceburi bidang memancing, kita haruslah mengetahui beberaa perkara berkaitan dengan komponen-komponen sebatang joran.
1. Bahan-bahan Asas;
Kebanyakkan joran telah diperbuat dari pada grafit, boron, kevlar dan armorid veil, ia merupakan bahan asas untuk membentuk sebatang joran dan sangat kuat tetapi rapuh. Jika joran anda terhentak dengan sesuatu benda yang keras sperti batu batang kayu ia mudah retak. Justru itu elakan dari hentakan yang kuat.
2. Tulang Belakang.
Kebanyakkan joran yang ada dipasaran mempunyai tulang belakang atau dikenali sebagai "backbone" kecuali joran untuk pancing layang ( fly rods ). Joran jenis ini diperbuat daripada buluh yang dikenali di Barat sebagai "built cane rod". Untuk mengetahui dimana kedudukan tulang belakang sebuah joran, cuba anda lenturkan sebatang joran, bila anda lenturkannya anda akan terasa bahagian yang tegap dan kuat. Itulah yang dipanggil " tulang belakang ".
3. Lenturan.
Setiap joran mempunyai profil lenturannya sendiri ( aksi ) apabila ia mengalami tekanan samaada ketuka melawan ikan atau anda melontar umpan. Terdapat 3 jenis lenturan untuk sebatang joran:

- Lenturan hujung ( tip action )
- Lenturan sederhana ( medium action )
- Lenturan parabolik ( parabolic action )
Lenturan hujung ( tip action )
adalah joran yang hanya melentur dibahagian atas sahaja. Bahagian yang
dekat dengan tempat pemegang masih tegap dan lurus. Jenis joran ini
bagus digunakan untuk melontar gewang umpan jenis keras.
Bagi anda yang mempunyai hanya satu joran untuk semua jenis pancingan, joran jenis lenturan sederhana ( medium action ) adalah bagus untuk menjadi pilhan anda. Ia dapat digunakan untuk kedua-dua aksi. Harus diingat joran ini hanya dapat memberikan aksi sederhana sahaja.
Manakala joran yang mempunyai aksi lenturan parabolik ( parabolic action ) pula, ia sangat bagus digunakan untuk melontar umpan yang lembut dan yang mudah rosak seperti umpan tepung, soya, cacing dan sebagainya. Joran ini agak lembut aksinya jadi ia tidak merosakkan umpan. tambahan jika ikan yang dipancing mempunyai mulut yang lembut dan mudah koyak, joran jenis ini amat sesuai. disamping itu menggunakan joran jenis ini memudahkan kita mengetahui jika ikan sedang memakan umpan.

Perlu diingat, jika anda
menggunakan tali jenis sulam ( braided ), tali ini akan mudah putus
kalau gerakan lontaran anda terlalu mengejut atau kuat. Joran jenis
parabolik atau sederhana yang lebih lembut dapat mengelakkan perkaraini
dari berlaku. Tetapi jika anda menggunakan joran jenis lenturan hujung (
tip action ), pastikan anda membuat lontaran dengan berhati-hati jika
tidak rapala anda terbang kedalam sungai atau lombong.
Ramai pemancing kebingungan ketika membeli joran, berapa panjang joran yang sesuai digunakan untuk memancing. Kesesuaian panjang joran banyak bergantung kepada jenis ikan yang anda cari dan dimana anda ingin memancing. Disini saya berikan sedikit tip untuk memilih joran yang sesuai;
Jika anda memancing di pantai, tebing penahan ombak anda disarankan memilih joran yang panjangnya antara 9 kaki hingga 13 kaki, ia dapat menolong anda mengawal pergerakan ikan. Contonya seperti;
Tetapi sebaliknya, joran yang panjang juga akan menimbulkan masalah jika anda memancing didalam bot yang penuh dengan pemancing. Pilihlah joran antara 5 kaki 6 inci atau 6 1/2 kaki amat sesuai digunakan ketika mengawal ikan ketika ingin melepaskan diri.
Jika anda hanya mampu untuk memiliki hanya satu atau dua batang joran disarankan anda memilih joran yang panjangnya antara 5 1/2 kaki hingga 8 kaki. Sebagai panduan, berikut adalah pilihan yang sesuai untuk anda gunakan dan terpulang kepada kesesuaiannya;

- Panjang joran untuk melontar umpan atau gewang tepat kesasaran seperti dibawah ranting
- pokok kayu atau reba.
- Untuk mengerakkan umpan atau gewang dengan sempurna.
- Untuk menyembat supaya mata kail lekat dimulut ikan.
- Untuk mengawal pegerakan ikan yang ingin melarikan diri dicelah-celah kayu atau reba.
Jika anda memancing di pantai, tebing penahan ombak anda disarankan memilih joran yang panjangnya antara 9 kaki hingga 13 kaki, ia dapat menolong anda mengawal pergerakan ikan. Contonya seperti;
Tetapi sebaliknya, joran yang panjang juga akan menimbulkan masalah jika anda memancing didalam bot yang penuh dengan pemancing. Pilihlah joran antara 5 kaki 6 inci atau 6 1/2 kaki amat sesuai digunakan ketika mengawal ikan ketika ingin melepaskan diri.
Jika anda hanya mampu untuk memiliki hanya satu atau dua batang joran disarankan anda memilih joran yang panjangnya antara 5 1/2 kaki hingga 8 kaki. Sebagai panduan, berikut adalah pilihan yang sesuai untuk anda gunakan dan terpulang kepada kesesuaiannya;
- Joran 8 kaki, kekuatan 12 - 25 paun lenturan sederhana (medium action) sesuai untuk disungai yang besar,
- Joran 6 kaki kekuatn 8 - 20 paun lenturan parabolik ( parabolic action ) sesuai untuk pancingan kolam masin dan tawar seperti jenahak., siakap, merah, kerapu, tongsan, pacu, jelawat, keli afrika dan lain-lain.
- Joran 13 kaki kekuatan 10 - 20 paun lenturan sederhana ( medium action ) sesuai untuk pancingan pantai untuk mendapatkan lontaran yang jauh dan tepat.
- Joran 7 kaki, kekuatan 25 -40 paun lenturan hujung (tip acttion) sesuai untuk pancingan laut .
- Joran 5 1/2 kaki, kekuatan 2 -5 paun lenturan parabolik ( parabolic action ) sesuai untuk pancingan udang.
Keli, puyu, toman, haruan, patin, belida, jelawat, kelah dan puluhan spesies air tawar lain lazimnya memakan umpan.
Anda boleh mula memancing dengan membeli set yang murah seperti joran 5 hingga 9 kaki, kekili, tali, pelampung, umpan (seperti roti, dedak, ulat atau cengkerik), ladung, swivel, manik dan mata kail (rujuk grafik).
Ada tiga jenis joran asas untuk memancing. Pertama, joran untuk memancing menggunakan pelampung. Ia dicipta untuk aksi melontar umpan ringan. Panjang joran ini antara 12 atau 13 kaki (3.6 hingga 4 meter). Ia sesuai untuk melontar umpan antara 170 hingga 200 gram.
Joran kedua bagi memancing menggunakan umpan di dasar. Saiznya antara 3.2 hingga 3.6 meter. Ia sesuai dengan tali 1.4 hingga 3.6 kilogram (3 hingga 8 paun).
Bagi memudahkan anda mendapat panduan maka gambar yang tertera adalah merujuk kepada:

A. Kacamata polaroid bagi membolehkan anda melihat lebih jelas dalam pancaran kilau matahari.
B. Angkup (forceps) untuk memudahkan anda menanggalkan mata kail atau membetulkan mata kail.
C. Mata kail sememangnya menjadi syarat untuk membolehkan anda memancing. Pastikan mata kail sesuai dengan ikan yang diburu.
D. Hujung joran yang halus dan mudah bergetar sebagai penanda ikan memakan umpan.

E. Pelampung untuk kegunaan memancing di sungai.
F. Pelampung ‘avon’ untuk kegunaan dalam air deras dan umpan yang besar.
G. Pelampung ‘duri landak’ yang sememangnya sangat sesuai untuk memancing di tasik.
H. Pelampung goyang yang lut sinar ini sangat sesuai untuk kegunaan dalam air tenang atau berarus perlahan.
I. Jangka suhu bagi menyukat suhu air kerana kepanasan air turut menentukan bentuk atau jumlah tangkapan bakal diperoleh.
J. Batu ladung yang pelbagai mengikut keperluan
K. Swivel bagi mengelakkan tali berpintal.
L. Mesin gulung paling lazim di pasaran.
Bagaimana
dan apakah jenis mesin serta joran yang sesuai untuk anda beli atau
miliki. Bila anda pergi kekedai menjual peralatan memancing, anda pasti
akan kebingungan yang mana satu nak dipilih. Kali ini anda akan dapat
mengenal jenis-jenis mesin dan joran memancing. Diluar sana terdapat
berpuluh dan beratus-ratus jenis peralatan memancing. Ada yang semurah
RM20.00 hinggalah berharga ribuan ringgit. Ada perlu bijak memilih
peralatan mengikut kesesuaian jenis ikan yang anda ingin perolihi.
Jangan membeli mesin dan joran pancing udang tetapi digunakan untuk
memancing ikan jenahak atau kerapu, nanti anda sendiri yang akan
berputih mata. Ok mari kita tinjau jenis-jenis mesin memancing.
Mesin jenis ini kebanyakkannya
digunakan untuk memancing ditepi pantai, sungai, kolam, lombong ataupun
tasik kerana kekuatan mesin boleh menampung berat ikan sekitar 2 kilo
keatas. Ia biasanya terletak mendatar dimana joran berada diatasnya
Kadangkala jika anda bernasib baik ia boleh menaikkan ikan seberat 8
kilo dan ia bergantung berapa kekuatan tali utama yang anda gunakan,
jenis joran dan mata kail yang anda gunakan. Malahan ia juga boleh
digunakan untuk memancing dilaut.
Mari kita kenal serba sedikit komponen-komponen mesin jenis mendatar ini.
1. Sistem Anti-Balikan: Menyekat balikan kayuhan dan mengurangkan kesan negatif
2. Sistem Anti-Pintalan: Sistem reka bentuk rotor yang mengurangkan kesan tali berpintal dan bergelung
3. Pengayuh Berkuasa Pegangan Lembut: Tombol pemegang direka khas supaya sentiasa sedia diputar, selesa, ringan dan bertekstur lembut
B. Mesin Laut Dalam.
Terdapat pelbagai jenis dan
jenama untuk mesin memancing dilaut dalam dari semurah RM100 hinggalah
ribuan ringgit. Ada yang secara manual dan tidak kurang juga dipanggil
mesin berkuasa elektrik, terdapat juga jenis mesin mendatar digunakan
yang digunakan untuk memancing dilaut dalam. Membezakannya ialah ia
tidak perlu dikayuh tetapi hanya menekan satu butang sahaja, tali utama
dapat digulung masuk kedalam geledung mesin dengan sendirinya seperti
gambar 2.
Mesin yang secara manual pula
terpaksa dkayuh menggunakan tangan apabila umpan diragut ikan. Kekadang
masa yang diambil untuk menaikkan ikan tersebut sehingga 20 minit
ataupun 30 minit bergantung jenis ikan yang meyambar umpan. Ini memang
meletihkan tetapi anda akan merasakan satu kepuasan yang tidak terhingga
ketika ikan tersebut cuba melawan atau melarikan diri. Peluang inilah
yang selalu ditunggu-tunggu olih kaki pancing.
Didalam aktiviti memancing
selain Peralatan Memancing yang lengkap, kaedah penyediaan dan
penggunaan umpan serta mempastikan lubuk amat penting bagi mempastikan
membawa hasil tangkapan yang memuaskan. Pada hakikatnya bagi seseorang
pemancing 30% bergantung pada persiapan/kesungguhan serta 70% lagi
bergantung kepada nasib atau rezeki. Oleh yang demikian faktor
kesungguhan amat dititik beratkan agar aktiviti ini dapat ditaksirkan
sebagai satu sukan yang mencabar. Penyediaan serta penggunaan umpan pula
boleh dikategorikan kepada beberapa faktor termasuk keadaan air serta
lubuk.
A. Umpan Laut Dalam
Kebanyakan umpan yang digunakan disini lebih kepada penggunaan Umpan segar dan hidup. Kebiasaan sebelum melakukan aktiviti memancing , usaha mencari umpan hidup akan dilakukan dengan kebanyakannya menggunakan Apollo.(Tali pancing yang diikat dengan mata kail yang banyak) Ikan Umpan yang sering di gunakan akan menggunakan kaedah pancing dasar, dibiar hanyut dan tidak kurang menggunakan pelampung seperti belon.

- Umpan Ikan Segar spt. Ikan Kembung, Selar, Tamban, Tongkol dll.
- Gewang (Rapala)
- Sotong Hidup
( Ikan Utama: Tenggeri, Jemuduk, Pari, Alu-Alu, Merah, Yu dll )
Umpan Ikan Kembung
B. Umpan Air Masin (terutama bahagian Muara Laut) ,
Aktiviti disini turut melibatkan pasang surut air serta tahap kemasinan air laut memainkan peranan bagi pemancing yang peka tentang keadaan dan masa yang sesuai untuk turun memancing. Umpannya pula ada yang boleh dibeli dan tidak kurang mencari sendiri terutama apabila air surut dengan menggunakan jala dan sebagainya.
1.Udang Hidup
2.Perumpun
3.Tamban
4.Wat Wat Bakau
5.Hirisan Ikan
6.Gewang
(Ikan Utama: Siakap,Jenahak, Kaci, Tebal Pipi, Sembilang, Tetanda dll )
Umpan perumpun
Umpan Gewang
C. Umpan Ikan Air Tawar (Hulu-Hulu Sungai spt. Tmn. Negara)
Kaedah penggunaan Umpan dikawasan ini lebih kepada pembacaan tentang ikan-ikan yang menjadi penghuni sesatu-satu tempat. Biasanya ikan-ikan seperti Kelah atau Sebarau lebih menjadi buruan. Mungkin penyediaan Umpan disini boleh dianggap lebih remeh dari ikan air masin kerana telah menjadi ikutan, ikan-ikan disini harus ada ‘pemanggil’ agar berada berhampiran tempat memancing. Namun kiranya seseorang yang sanggup meredah satu-satu lubuk itu sendirian atau berdua mereka lebih kepada suasana yang sunyi tanpa memerlukan ‘pemanggil’. Pemanggil yang dimaksudkan ialah seperti tukun,dari buah Kelapa Sawit atau Ubi kayu yang diikat dan dibiarkan terendam didalam air .
- Kelapa Sawit
- Buah Neram
- Ulat Sagu
- Cengkerik
- Ubi Kayu
- Cacing Tanah
- Perut Ayam
- Gewang (mengilat)
( Ikan Utama: Kelah, Sebarau, Tengas, Kejor, Baung, Kalui, Kelisa dll )
Umpan Cengkerik
D. Umpan Sungai (Lombong,Anak Sungai & Tali Air)
Kebiasaan Aktiviti disini tidak memerlukan persiapan yang boleh dianggap ‘berat’, atau lebih tepat lagi ia dilakukan dalam jangkamasa yang singkat seperti waktu memancing dan kawasan memancing yang berhampiran. Umpannya pula banyak terdapat dikedai-kedai dengan harga yang murah berbanding Umpan Air Msin dan persiapan untuk Umpan Air Tawar.
- Katak
- Cacing
- Anak Udang
- Pisang
- Tepung & Dedak (Hong)
- Roti
- Anak Ikan
- Hati Ayam
- Telur Kerengga
(Ikan Utama: Haruan, Patin, Talapia, Rohu, Lampam, Toman, Bujuk dll)
Umpan Cacing
Umpan Katak
Walau bagaimana pun seperti dinyatakan diatas penggunaan Umpan lebih tertumpu kepada niat pemancing sendiri terutama yang telah menjadi ‘pelanggan’ tetap bagi sesuatu lubuk. Salah satu umpan yang dimaksudkan seperti Umpan Tapa kursus untuk tangkapan Ikan Baung. Disini adalah diingatkan agar penggunaan daging adalah dilarang kerana Umpan sebegitu lebih mengundang masalah kepada pemancing sendiri.
Ada kalanya pemancing mempunyai
kaedah sendiri dalam penggunaan Umpan namun prinsipnya tetap sama iaitu
untuk mendapat hasil yang memuaskan. Bagi penggunaan Umpan Air Masin
,Udang Hidup adalah Umpan yang terbaik kerana perbagai jenis ikan amat
mengemari Umpan ini kerana pergerakkannya didalam air mudah menarik
minat ikan disitu. Selain Ikan Siakap, Ikan Kerapu dan Jenahak turut
terpesona dengan penggunaan Umpan Udang Hidup. Adakalanya diakui Umpan
seperti perumpun dan tamban turut boleh menambat ikan-ikan ini tapi
peluang Umpan Udang Hidup lebih tinggi. Disinilah yang dikatakan nasib
dan rezeki. Oleh itu apa jua yang ingin dilakukan dahului dengan
Bismillah dan Selawat serta ingat Allah selalu..Insya-allah kita akan
mendapat rezeki yang baik dan selamat.
Tali
pancing adalah penghubung utama antara kita (pemancing) dengan ikan. Ia
umpama talian hayat. Jika putus pertengahan jalan ketika bertarung
kesudahannya pemancing akan kehilangan hasil dan rasa menyesal tanpa
kesudahan. Seorang pemancing perlu memahirkan diri untuk membuat ikatan
yang kemas dan kuat supaya tidak akan menjadi satu penyebab mendatangkan
kegagalan.
Perlu diketahui simpulan dan ikatan
adalah titik paling lemah pada tali pancing. Ada berpendapat ikatan
mengurangkan sehingga 50% kekuatan sebenar tali. Bayangkan ini hanya
ikatan belum termasuk ikatan yang terluka, calar, genting dan
sebagainya. Kekuatan tali turun mendadak dan terlalu mudah putus ketika
bertarung.Akhirnya, ucapan yang biasa didengar daripada mulut pemancing:
“Huh! Besar betul ikan tu! Sampai tali 100 paun pun boleh putus dengan
sekali tarik. Tentu puluh kilogram punya ikan.” Hakikat sebenarnya kalau
ikan sekilogram memang mampu memutuskan tali 100 paun kalau ikatan
tidak kemas atau longgar.
Ramai pemancing, tidak kira mereka
baru atau lama tidak begitu mahir dan mengambil mudah mengikat tali
pancing. Ikatan yang dibuat tidak kuat menyebabkan tali putus semasa
berlawan dengan ikan. Lebih lagi jenis ikan yang kuat melawan dan
membuat kejutan secara tiba-tiba di luar jangkaan kita.Tidak kira apa
juga teknik ikatan anda gunakan untuk mengikat pancing, yang penting
ialah kemahiran dan ketelitian ketika mengikat dan sebaik-baiknya
bermula dari rumah.
Di rumah, kita ada masa dan
boleh membuat ujian ikatan terhadap ikatan yang dilakukan tanpa
tergesa-gesa. Ambil masa meneliti setiap ikatan yang di buat.Kemahiran
ini perlu dikuasai dengan baik, sama pentingnya dengan pengetahuan
mengenai pancing dan lain-lain.
ANIMASI IKATAN
Albright Knot - This knot is used to join two lines of different thicknesses. It is used to attach a heavier 'leader' (rather than a double) to a lighter main line. It requires careful forming of the loops.
Blood Bight Knot - This knot is used to create drop loops in light line traces. Its advantages are that the dropper tends to stand out from the main line and it's reputed 95% retained breaking strain.
Blood Knot - This is a high strength knot to join two similar thicknesses of line. It's main advantage is it's low profile enabling it to run smoothly through rod line guides.
Butterfly Dropper - Quick and easy to tie. Creates a loop that will stand away from main line. Is most suitable for lines over 15 kilo. Can slip if not tightened properly.
Centauri Knot - This knot is principally used to attach hooks through the eye to the line. Works well on a wide range of line strengths and claims to retain 96% of breaking strain.
Clinched Half Blood - This is a high strength multi purpose knot. It's main use is attaching swivels,lures or hooks to the main line. Formation should be assisted by pulling down to the base.
Dropper Loop - Creates a stand out loop for attaching a hook to a trace. Handy in that it can be tied anywhere along the line.
Drop Loop - This is a high strength loop for the main line. It's main use is to form a loop for attaching sinkers to the main line.
Flemish Eye - Is the best method to attach hooks to multi strand wire. Its looseness acts like a spring and takes the pressure off the crimped sleave.
Half Blood Knot - This is a high strength multi purpose knot. It's main use is to attach swivels, hooks and lures to the main line. Assist the formation by pulling down on the roll towards the base.
Hook Snell - Quick and simple method of attaching line to a hook with an up or down turned eye. Can only be used with a free length of line as both ends must pass through the eye.
Hook Snood - This is a high strength knot to attach trace line to a hook. It's main advantage is the hook will lay along the direction of the line.Note that the length of the trace will be the length of the loop.
longliners Knot - For attaching a hook line to a continuous heavy main line. Will not slip up or down the line
Perfect loop - One of the better loop knots and can be used on lighter lines although best suited to the heavier. It will not kill the action of the lure or fly. Function: Connecting lures or fly to heavy leader, trace or shock tippet.Strength: Retains 70+ strength
Spider Hitch - A relatively easy method to create a double. May require some practice to feed the loops progressively off the thumb when forming. Reputed to retain 80% strength.
wivel to Double - Attaches a swivel to a double with the double remaining intact.
Thumb Knot - A knot useful for attaching hooks and rings to heavy line. May require some practice to sequentially ease the loops off your thumb.
Turle Knot - A snare knot that is used to tie a hook to a light leader.
Uni Knot - This versatile knot can be used can be used for connecting hooks, swivels, rings and lures. Its main advantage is that it retains virtually 90% breaking strain. Easy to tie even in the dark after practice.
Wind on Wire Leader - A fairly simple join which enables reasonably long plastic coated wire traces to be wound up through the rod guides. Can be used for casting lures.
Kebanyakkan
dari kita menganggap mesin untuk memancing itu sama sahaja kegunaannya.
Seperti untuk pancingan kolam, tasik atau sungai sama dengan pancingan
dilaut. Secara logiknya ya....bunyinya serupa iaitu memancing ikan.
Tetapi sebelum anda membeli mesin memancing, anda hendaklah fokuskan
dimana anda ingin memancing. Samaada di tepi pantai, kolam, tasik,
sungai ataupun laut. Anda perlu bijak memilih mesin pacing yang
bersesuaian agar anda tidak tersalah memilih jenis mesin pancing
Jika anda kurang arif berkaitan peralatan memancing, bertanyalah kepada rakan-rakan kaki pancing anda ataupun anda boleh mengajak rakan anda pergi bersama ketika membeli peralatan tersebut dan anda boleh juga meminta nasihat dari penjual peralatan memancing ditempat anda membelinya. Sebelum itu buatlah tinjauan harga dahulu dibeberapa buah kedai untuk mendapatkan harga mengikut budget anda.
Janganlah jika anda ingin memancing di kolam ataupun sungai tetapi anda membeli mesin pancing untuk kegunaan dilaut dalam dan sebaliknya. Kesesuaian dan ketepatan memilih itu amat penting. Jangan tersalah pilih. Dan jangan anda mejadi bahan ketawa orang lain.
Begitu juga dengan pemilihan joran, anda juga perlu bijak memilih jenis joran yang bersesuaian dengan akitiviti memancing anda. Janganlah memilih joran laut dalam tetapi hanya unuk memancing di tepi pantai atau kolam memancing. Jenis-jenis joran ada bermacam-macam jenis. Ada untuk kegunaan dilaut dalam, disungai, ditepi pantai, ada juga untuk pancingan layang, pancingan jig, pancingan udang dan bermacam-macam lagi.
Kesuaian dan ketepatan anda membeli kedua-dua peralatan itu amat penting kerana ia dapat membantu anda ketika memancing nanti. Disamping membantu anda sekurang-kurangnya 30% untuk mendapatkan hasil pancingan anda.
Jika anda hanya menumpukan akitiviti memancing ditepi pantai ataupun disungai dan kolam, ada 2 pilihan joran yang bersesuaian. Anda boleh membeli joran yang panjangnya lebih kurang 5' 5" dan 7' 6" keatas untuk pancingan ditepi pantai. Disamping itu dapatkan juga jenis joran yang beraksi sederhana. Ini untuk memudahkan anda mengendalikannya. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dari penjual-penjual peralatan memancing ditempat anda membelinya nanti.

p/s : blog asal - http://jomngail-azriey.blogspot.com/2011/10/peralatan-asas.html
No comments:
Post a Comment